ILMU KESIHATAN Weblog

ILMU KESIHATAN UNTUK BANGSA MALAYSIA DAN INDONESIA

LANGKAH LANGKAH MEMPERLINDUNGKAN DIRI ANDA DAN KELUARGA DARI SELSEMA BABI/SWINE FLU

4life

4life

Antara langkah langkah awal untuk melindungi kita dari serangan penyakit seperti Selsema Babi,Selsema Burung dan bermacam macam lagi penyakit yang akan wujud adalah memperkasakan sistem imun kita.

Kadang kadang kita ambil remeh berkenaan sistem imun kita walhal,sistem imun adalah pertahanan badan kita yang paling penting melawan penyakit,saya ingin mengesyorkan kepada anda semua yang membaca blog saya untuk mengambil produk Tranfer Factor 4life untuk penjagaan diri dan keluarga anda dari bahaya jangkitan Selsema Babi dan penyakit yang lain,berikut adalah maklumat-maklumat tentang keberkesanan Tranfer Factor 4life dalam penjagaan imun sistem.

BERMINAT UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT,SILA HUBUNGI SAYA DI 016-3163132 (ZAIDAH) ATAU EMAIL SAYA DI help_linemy@hotmail.com

Sistem imun melindungi kita dari penceroboh asing seperti virus, bakteria, kulat, protein asing dan sel kanser. Ia adalah satu sistem yang sangat canggih, anugerah Yang Maha Pengasih, yang merupakan perlindungan terbaik dari sebarang penyakit berbahaya. Tiada ubat yang dapat menandingi sistem imun yang sihat. Secara ringkas sistem imun terdiri daripada sel khas, protein, tisu dan organ (nodus limfa, sistem pernafasan, limpa, kulit, apendiks, perut dan usus). Di dalam artikel ini saya akan terangkan serba sedikit mengenai tugas beberapa pemain dalam sistem imun:

Makrofaj (atau fagosit) – Sel darah putih yang berbentuk seperti Pac-Man, merupakan barisan pertahanan pertama sistem imun. Ia dengan cepat menyerang mana-mana penceroboh asing dan menelannya (seperti dalam permainan video Pac-Man). Namun kadangkala makrofaj tidak pasti sama ada yang datang itu penceroboh asing atau kawan. Makrofaj sudah tentu tidak mahu memusnahkan sesuatu yang merupakan sebahagian dari tubuh kita. Untuk membantunya mengenali kawan atau musuh, makrofaj akan meminta bantuan sel T-pembantu.

Sel T-pembantu adalah dari kumpulan sel darah putih yang dikenali sebagai limfosit. Sel T-pembantu akan mendatangi dan melekatkan dirinya dengan makrofaj untuk membantu makrofaj mengenali sama ada yang berada dalam genggamannya itu kawan atau musuh. Sekiranya sel T-pembantu memutuskan ianya adalah musuh, ia akan mengeluarkan hormon yang dikenali sebagai sitokines, yang memberi isyarat kepada sistem imun untuk bertindak dengan pantas. Ini merangsang sel-B untuk bertindak dan menarik lebih banyak makrofaj dan sel T-pembantu untuk datang menyelamat. Sekiranya sel T-pembantu tidak mengenali penceroboh asing tersebut, sistem imun akan menganggapnya sebagai kawan dan membiarkannya. Bayangkan apa yang akan terjadi. Ya, kita akan mendapat penyakit yang berpunca dari penceroboh (mikro-organisma) tersebut. Sebagai contoh virus SARS. Sistem imun kita tidak mengenali mikro-organisma yang kita atau ibu kita belum pernah terdedah kepadanya. [Transfer Factor memainkan peranannya dengan membantu sel T-pembantu mengenali musuh yang datang menyerang].

Sel-B mempunyai kemampuan untuk menembak penceroboh dengan enzim yang dapat menghancurkannya. Sebahagian dari sel-B akan kembali ke nodus limfa untuk membina antibodi bagi melawan penceroboh tadi. Sekiranya penceroboh ini menyerang lagi, sistem imun sudah bersedia mempertahankan diri disebabkan antibodi yang sudah dibina tadi.

Sel pembunuh semula jadi atau sel NK (natural killer) pula memusnahkan apa-apa yang berada di laluannya. Mereka menyemburkan sel yang dijangkiti dengan toksin dan enzim pemusnah, yang akan memusnahkan semua penceroboh asing atau sel yang tumbuh secara tidak normal seperti sel kanser. Apabila sel NK sudah mulai lemah atau tidak aktif dan tidak lagi berupaya memusnahkan sel kanser, disebabkan radikal bebas dan beberapa faktor lain, seseorang itu akan mendapat penyakit kanser. Memperkuatkan sel NK merupakan satu cara yang baik untuk kita memusnahkan sel kanser secara semulajadi (natural). [Transfer Factor Advance Formula dan Transfer Factor Plus Advance ] masing-masing telah disahkan dapat meningkatkan aktiviti sel NK sebanyak 280% dan 430%.

Sel T-penindas boleh diibaratkan sebagai pasukan pengaman yang datang selepas penceroboh asing telah dimusnahkan dan untuk menenangkan gerak balas imun yang beraksi dengan hebat itu. Ia merupakan faktor penting dalam mengawal kerosakan tidak dijangka (collateral damage). Sekiranya gerak balas imun yang begitu aktif tidak dikawal, ia akan menyebabkan kerosakan yang teruk kepada tisu normal di sekelilingnya. Sekiranya sel T-penindas tidur dan tidak dapat mengawal gerak balas tersebut, kita akan mendapat penyakit yang dikategorikan di bawah penyakit autoimun. Terdapat lebih 80 jenis penyakit autoimun, contohnya adalah diabetes jenis 1, artritis reumatoid, psoriasis, sklerosis berganda dan lupus. [Transfer Factor mampu membangkitkan sel T-penindas dari tidur dan mengawal gerak balas imun dari menyerang sel tubuh dan seterusnya menghindar kita dari mendapat penyakit autoimun].

Untuk membolehkan sistem imun melindungi kita seperti yang ditetapkan oleh Yang Maha Pencipta (Al-Khaaliq), kita perlu menjaga kesihatannya. Ia perlukan Vitamin E, Vitamin C, karotenoid, glutation, koenzim Q10, Zink dan antioksidan untuk kekal sihat dan berfungsi pada tahap terbaik. [Transfer Factor RioVida membekalkan antioksidan dan transfer factor yang diperlukan oleh tubuh kita.

BERMINAT UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT,SILA HUBUNGI SAYA DI 016-3153132 (ZAIDAH) ATAU EMAIL SAYA DI help_linemy@hotmail.com

more info

https://helplineenterprise.wordpress.com/2008/04/14/ilmu-khas-hanya-untuk-orang-berpenyakit-dan-yang-pentingkan-kesihatan-sahaja/

May 16, 2009 - Posted by | Uncategorized | , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

No comments yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: