ILMU KESIHATAN Weblog

ILMU KESIHATAN UNTUK BANGSA MALAYSIA DAN INDONESIA

24 DALIL KENAPA B.N KALAH(dari pendapat rakyat biasa,sila tambah kalau kurang)

24 DALIL KENAPA BN TAK DAPAT 2/3 DALAM PARLIMEN( SILAP KER BETUL NIE)

1) Kerana tidak mempedulikan orang yang pendapatan rendah(dari swasta)

2) Tidak telus dalam isu isu semasa

3) Tidak mengambil pendapat golongan muda.

4) Tidak mengunakan media internet untuk menyalurkan perkembangan kerajaan.

5) Pemimpin yang di pilih tidak berdasarkan kelayakan,cuma berdasarkan kesetiaan(yang boleh di jual beli)

6) Harga barangan/MINYAK yang makin meningkat sejak kebelakangan ini.

7) Mengunakan idea lapuk untuk mempengaruhi rakyat yang semakin pintar dalam dunia moden.

8) Menjaja keburukan parti lain untuk berjaya(tidak gentleman)

9) Tidak melahirkan muka baru berkelayakan dalam senarai pemimpin.

10) Melantik kaum kerabat mereka dalam senarai pemimpin parti

11) Tidak menjalankan bancian dalam apa-apa projek mega yang mereka lakukan(menyebabkan rakyat setempat membenci)

12) Tiada ketelusan dalam penyenaraian tender mega.

13) Pemilikan harta yang tidak setimpal dengan gaji pemimpin.

14) Tidak menghormati rakyat dalam apa-apa keputusan.

15) Meeting berhari hari tanpa perjalanan kerja.

16) Wakil rakyat yang terlampau sibuk untuk diri mereka sampai melupakan rakyat kawasan mereka.

17) Tiada usaha mengenal pasti tempat/bahagian/jabatan yang bermasalah kerana terlampau sibuk outstation.

18) Takut untuk mengambil tindakan terhadap pemimpin yang bermasalah kerana takut hilang kuasa.

19) Tidak mengumum belanjawan negeri .

20) Terlampau yakin terhadap parti boleh menang sampai tidak melakukan usaha untuk membentuk kemenangan.

21) Persiapan hanya di lakukan apabila tinggal satu tahun lagi untuk pilihan raya.

22) Terlampau banyak pembaziran duit rakyat dalam jamuan/acara/projek mega atau kecil yang tidak menguntungkan rakyat.(unit perancangan bandar jangan buat perancangan tanpa berfikir 20 tahun)

23)Tol yang makin menaik tanpa habis tempoh( agak agak tol PLUS sampai ke tahun 3030 ker??)

24) Memberi dalil tidak masuk akal bila silap.( ingat kami rakyat tak pergi sekolah)

Saya rasa banyak lagi,,tapi..maklum ler,saya nie rakyat biasa,, mana boleh fikirkan sejauh pemimpin yang pandai pandai di dalam BN TUE.

KALAU SESIAPA NAK TAMBAH..SILA LER..

RAKYAT BERHAK MENEGUR,PEMIMPIN TIDAK PUNYA HAK UNTUK TIDAK BERUBAH KERANA KAMI YANG MELANTIK ANDA.. RAKYAT ADALAH BOSS..

KALAU ADA PEMIMPIN DARI BN ATAU BA YANG BACA,SAYA HARAP ANDA UBAHLAH PERANGAI ANDA. KALAU BETUL ANDA INGIN MEMPERJUANGKAN NASIB KAMI .

March 15, 2008 - Posted by | POLITIK | , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

No comments yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: