ILMU KESIHATAN Weblog

ILMU KESIHATAN UNTUK BANGSA MALAYSIA DAN INDONESIA

SEKIRANYA ANDA PENTINGKAN KESIHATAN ANDA,SILA BACA.

Penemuan Baru Mempertingkatkan Pengetahuan Kita Tentang Imuniti

Richard Bennett, Ph.D.
Sains Hayat Gunaan

Pada ketika sains masih lagi mula memahami cara transfer factor bertindak dalam komunikasi kompleks sistem imun, orang ramai di seluruh dunia sedang menikmati faedah kesihatan dan fungsi sistem imun yang bertambah baik daripada molekul-molekul yang menakjubkan ini. Usaha ramai penyelidik menunjukkan bahawa transfer factor mendidik dan mempertingkatkan fungsi imunologi. Kemuncak usaha ini mendokumenkan bahawa aktiviti sel pembunuh semula jadi (NK – natural killer) limfosit dengan nyata meningkat setelah satu denyutan transfer factor.

Secara asasnya, transfer factor adalah molekul maklumat sistem imun. Dalam sebahagian kecil transfer factor, peptida (jujukan asid amino), identiti molekular suatu virus, bakteria atau patogen lain terkod. Di tahap molekul, ini sama seperti meninggalkan acuan tapak kaki pada pasir basah; kesan itulah transfer factor.

Apabila sistem imun melihat “tapak kaki” ini, ia menyambarnya, memproses dan memberikannya kepada sel imun tidak berkomitmen atau belum matang yang tidak mempunyai tapak kaki mereka sendiri. Dalam proses menyambar dan memberikan maklumat ini, banyak sitokin dirembeskan ke dalam kawasan berdekatan. Secara tepat, sitokin interleukin 12 (IL-12) dan interleukin 2 (IL-2) menyediakan keterujaan dan peningkatan am bagi semua sel imun dan sel NK khususnya.

Transfer factor untuk penggunaan komersial pada mulanya diambil daripada kolostrum lembu tenusu. Dengan penemuan berikutnya, iaitu transfer factor dalam kuning telur ayam, sains melangkau jauh dalam kemajuan transfer factor yang disasarkan untuk organ tertentu. Apabila ayam bertelur, ia telah menjadi sumber penting untuk transfer factor.

Idea untuk menggabungkan transfer factor kolostrum bovin (lembu) dan transfer factor avian (ayam) berasal daripada tanggapan bahawa dua sumber transfer factor daripada spesies berbeza mungkin dapat memberikan jujukan identiti mikrob yang lebih lebar, terkod dalam transfer factor untuk mendidik sistem imun secara sinergi.

Untuk menguji bahawa gabungan transfer factor mungkin mempertingkatkan lagi fungsi imun, ahli-ahli sains telah menggunakan cerakin sel NK. Cerakin sel NK adalah ujian terbaik yang ada pada ketika ini untuk menilai fungsi imun. Cerakin NK menggunakan limfosit hidup dalam keadaan in vitro, atau makmal. Dengan menggunakan cerakin ini, para penyelidik telah dapat menentukan gabungan tepat transfer factor bovin dan avian yang prestasinya jauh lebih baik daripada gabungan lain. Hasil kajian mengatasi jangkaan para penyelidik dan memberikan pemahaman yang mendalam dan penting, terutamanya nyata sekali gabungan tersebut bekerja secara sinergi.
Cara Kerja Sel Pembunuh Semula Jadi

Sebelum membincangkan ujian tersebut, perlulah difahami fungsi sel NK dalam sistem imun. Ahli sains dan pakar perubatan di seluruh dunia, baru sahaja mengiktiraf kuasa sel NK untuk mengawal jangkitan virus dan tumor. Mereka menggunakan beberapa pemodulat imun untuk cuba mempertingkatkan fungsi imun. Banyak sekali kajian yang menunjukkan dengan jelas bahawa sel NK boleh dan sememangnya mengawal dan membantu membendung pelbagai jenis kanser dan sel yang dijangkiti virus.

Sel NK adalah sejenis limfosit yang unik kerana ia tidak memerlukan asas atau didikan untuk berfungsi sebagaimana diperlukan oleh limfosit-T dan -B. Sel NK mempunyai kemampuan untuk mengenal pasti keasingan. Tisu yang dipindahkan secara pembedahan kerap kali ditolak oleh sel NK kecuali jika “keserasian” tisu tersebut amat baik dan ubat penindas imun tertentu diberikan. Suatu sel yang telah diubah menjadi tumor atau sel yang telah dijangkiti oleh virus mungkin kehilangan ciri asalnya dan kelihatan asing kepada sel NK.

Sel NK mengawal semua sel dalam badan dan membuat hubungan fizikal dengan “kucupan NK.” Jika kucupan tersebut menunjukkan bahawa sel tersebut okey dan bukan asing, sel tersebut dibebaskan. Jika kucupan menunjukkan bahawa sel tersebut adalah tumor atau sel tersebut telah dijangkiti virus, kucupan yang diberikan adalah kucupan maut dan dua jenis toksin yang dikeluarkan oleh sel NK akan memusnahkan sel tersebut.

Sebelum ini, sel NK dianggap sebagai imuniti jenis primitif. Kini amat jelas bahawa sel NK adalah “pin agung” sistem imun dan mempunyai pengaruh amat besar terhadap banyak sekali fungsi imun. Maka, sel NK berfungsi tinggi mempunyai banyak peranan penting dalam mengekalkan fungsi dan imbangan imun yang optimum.
Mengukur Aktiviti Sel NK

Sel darah putih daripada penderma yang sihat menyediakan sumber limfosit untuk cerakin. Sampel tidak bertanda yang mengandungi beberapa kombinasi berbeza transfer factor yang berasal daripada kolostrum lembu dan kuning telur ayam diinkubasikan dengan sel NK selama pelbagai tempoh masa sehingga takat masa 48 jam untuk mengenal pasti nisbah gabungan yang poten. Kuantiti sel NK yang diketahui ditambahkan ke dalam perigi kecil mengandungi sel kanser hidup. Sel-sel kanser tersebut adalah sasaran untuk sel NK. Sejenis pewarna yang boleh diukur secara elektronik digunakan untuk memberi tanda apabila sel kanser dilisis, atau dibunuh. Ini membenarkan pengukuran objektif tindakan sel NK. Ujian ini kemudiannya menentukan jumlah sel kanser sasaran yang dimusnahkan oleh sel NK. Peratusan lisis sel (CL – cell lisis) adalah suatu ukuran yang penting.
Keputusan: Formula Lanjutan Transfer factor 4Life dan Transfer factor 4Life Plus

Ujian sel NK untuk gabungan Transfer factor avian/bovin 4Life dan gabungan Transfer factor 4Life Plus menunjukkan gabungan optimum yang mendorong sel NK untuk membunuh 69 dan 97% daripada sel kanser, masing-masing (Rajah 1). Ini mewakili pertambahan 283 dan 437% ke atas garis dasar, atau fungsi sel kawalan NK, yang mana tiada Transfer factor telah ditambahkan. Untuk terus mengesahkan ujian tersebut, makmal menggunakan kawalan positif. Dalam kes ini, kawalan positif tersebut adalah pengantara fisiologi imun poten dinamakan interleukin 2 atau IL-2. Interleukin 2 secara khusus merangsang tindakan sel NK dan, apabila digunakan dalam bentuk drug, ia dikenali sebagai suatu standard untuk sesetengah jenis penyelidikan kanser. Dalam cerakin sel NK, IL-2 memberikan pertambahan sebanyak 88% dalam lisis sel. Perkara yang mengagumkan adalah prestasi Formula Lanjutan Transfer factor 4Life Plus jauh lebih baik daripada kawalan positif dan telah digelar oleh para penyelidik tersebut sebagai “interleukin emas”.

4Life Transfer Factor Plus Advanced Formula Formula Lanjutan Transfer factor 4Life Plus meningkatkan lisis sel sebanyak 437%, peratusan itu hampir 450%, nilai maksimum yang boleh diukur oleh cerakin ini. Cara kombinasi bahan ini bekerja tidak begitu jelas, namun demikian komponen-komponen tersebut adalah bahan penyelidikan aktif yang dilakukan oleh ahli imunologi molekul.

Komponen tambahan dalam Formula Lanjutan Transfer factor 4Life Plus mungkin dapat menjelaskan kewujudan gerak balas yang lebih hebat berbanding dengan IL-2. Polisakarida kompleks yang berasaskan tumbuhan, seperti manin dan glukan, mempunyai kemampuan untuk berinteraksi dengan reseptor khusus yang terdapat dalam sel sistem imun yang lain. Makrofaj dan sel pemprosesan antigen (APC – antigen processing cells) diaktifkan dengan kehadiran bahan-bahan tumbuhan tersebut. Kepada sel-sel tersebut, ia kelihatan seperti produk bakteria atau yis. Interaksi tersebut menyebabkan lebih banyak pengeluaran sitokin yang merangsang. Oleh itu, kedua-dua sumber rangsangan bersinergi untuk memberikan fungsi sel NK yang tinggi.

Rangsangan imun jenis ini amat diidamkan, kerana daripada kajian terbaru didapati bahawa sistem imun yang terangsang adalah suatu sistem imun yang berfungsi tinggi dan seimbang. Konsep keseimbangan mempunyai implikasi yang amat hebat bagi mengawal aturkan fungsi imun yang telah tersalah jalan.

 

INGIN TAHU DENGAN LEBIH LANJUT LAGI??

HUBUNGI SAYA DI 0163581794 

February 19, 2008 - Posted by | imun sisitem, indonesia, JANTUNG, kanser, KESIHATAN, malaysia, SAKIT | , , , , , , , , , , , , ,

No comments yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: