ILMU KESIHATAN Weblog

ILMU KESIHATAN UNTUK BANGSA MALAYSIA DAN INDONESIA

M.L.M MENYEBABKAN SAKIT BUAH PINGGANG SEMAKIN BANYAK DI MALAYSIA?

Assalammualaikom,
Sebelum saya menulis dengan lebih lanjut lagi,izinkan saya mengenal kan diri saya,Nama saya Ibrahim Ahmad,asal Melaka, Mempunyai perniagaan sendiri di dalam bidang MLM. apa yang saya ingin ketengahkan di kala ini adalah mengikut pendapat saya sebagai pengedar barangan kesihatan, Saya sedih sebagai warganegara Malaysia berketurunan melayu melihat ramai wanita dan lelaki melayu yang ramai terpedaya dengan industri kesihatan mlm di sebabkan ketidaktahuan dan kecetekan ilmu di dalam bidang kesihatan.Dan ramai antara orang kita yang mengambil kesempatan atas kelemahan ini,cuba kita perhati kan industri MLM malaysia,kebanyakan mereka tidak mempunyai produk yang bagus,yang ada cuma pelan pembayaran yang baik sahaja, Dan mereka menyebab kan kadar pesakit buat pinggang di Malaysia dan lain lain sakit semakin meningkat di sebabkan mereka mementingkan kewangan sahaja.Di Malaysia kita mempunyai kadar pesakit buah pinggang antara tertinggi di Asean.kenapa ini terjadi? Kerana kelemahan kita sendiri dalam mengambil produk kesihatan,Kenapa kita tidak mempersoalkan di mana kajian saintifik yang di hasilkan untuk produk yang kita makan atau edar kepada keluarga kita ? Yang ada cuma dari mulut ke mulut sahaja tentang kebaikan produk ini dan itu.Akhirnya apa yang kita makan atau jual menyebabkan kerosakan buah pinggang atau anggota badan kita dan keluarga kita tanpa kita sedari.Selama saya membuat MLM ,asas MLM yang saya ketahui adalah memberitahu/jual yang terbaik yang kita tahu pada orang sekeliling kita tapi apa yang jadi di mlm malaysia? Memberitahu/Jual yang boleh membuat kita kaya tanpa mempedulikan kesihatan orang sekeliling kita!!
Apa kah kita tidak sayang dengan orang keliling kita?? Atau bmw,banglow dan duit berjuta lagi penting dari keluarga kita? jiran kita? Ya,saya tahu kekayaan adalah baik,tapi apakah kekayaan itu perlu jikalau kita mengambil kebahagiaan orang lain?Dan afdal ke kekayaan kita jikalau kita mendapat duit berjuta dan menyebabkan abang atau adik kita menderita sakit buah pinggang setelah mengambil produk kita dalam tempoh panjang? Apa yang saya luah kan ini adalah hanya 5% dari masalah MLM Malaysia.Yang saya harap kan pengarang blog lain akan menerbitkan apa yang saya tulis ini kerana mungkin luahan ini boleh membuat kan ada nyawa yang terselamat setelah membaca coretan saya ini. saya boleh di hubungi di molekul_terhebat@yahoo.com.my
BUANGKAN EGO ANDA DAN KAJI SEMULA APA YANG SAYA BERITAHU,ADAKAH BETUL ATAU TIDAK.

February 13, 2008 - Posted by | 4LIFE, malaysia | , , , , , , , , , , , , , , , ,

2 Comments »

  1. Salam…

    Saudara ada bukti berkenaan dakwaan tu ke? Saya bukanlah ahli mana2 MLM, cuma nak tambah ilmu dan agak terkejut dgn berita ni…

    Comment by xpvsvista | February 14, 2008 | Reply

  2. assalammualaikum,

    Pertama sekali,saya ingin ucapkan terima kasih kerana sudi membaca coretan saya,

    Saya akan cuba menjawap pertanyaan encik saiful,kalau salah pada anggapan encik saiful,saya minta maaf..

    Cuba encik saiful lihat di Malaysia,berapa banyak mlm yang wujud semata mata wang?
    Saya salah seorang pengedar product kesihatan sendiri,sebelum ini saya tidak pernah terlibat dalam mlm kerana pada saya kebanyakan mlm di malaysia penting kan pelan pemasaran bukan product,apabila mereka berjumpa saya,mereka berkata tentang peluang untuk menjadi kaya,peluang untuk punyai masa bersama keluarga,tapi apabila saya bertanya produk,mereka tidak mengetahui,cuma yang mereka terangkan pada saya yang orang nie makan bagus,orang tu makan bagus,tapi bila kita bertanyakan fakta,mereka tidak tahu..yang mereka mahir adalah pelan pemasaran…

    Pada saya,,asas mlm adalah memberitahu apa yang terbaik yang kita tahu pada SAUDARA,KAWAN,SAHABAT,ADIK BERADIK KITA, m.l.m bukan pasar mini…semua orang boleh masuk..asas m.l.m adalah memberitahu apa yang terbaik yang kita tahu pada orang sekeliling kita…tapi banyak org yang masuk m.l.m memberitahu apa yang boleh membawa kebaikan pada diri mereka sendiri,bukan yang membawa kebaikan pada orang sekeliling mereka, jadi syarikat syarikat m.l.m di Malaysia nampak peluang ini..mereka mempergunakan orang ini dalam membawa keuntungan pada syarikat mereka…dan kebanyakan produk kesihatan mereka di import dari China,Indonesia,India,Filipina..yang ada pada mereka adalah kajian saintifik yang dijalan kan oleh pihak mereka sendiri,bukan dari pihak ketiga atau keempat atau badan bebas.

    Dan encik Saiful al maklum sendiri,kajian di negara ketiga adalah paling susah untuk di percayai kerana unsur rasuah yang berluasa..dan juga banyak kajian yang dijalan kan oleh mereka berdasarkan universal,tidak melibatkan nama produk syarikat mereka sendiri….
    Dan disini juga encik Saiful perhatikan..adakah produk mereka dihasilkan mereka sendiri ?? Majoriti m.l.m malaysia memjalankan trading company..bukan mereka yang menghasilkan,mereka cuma memasarkan.. saya tidak boleh sebut nama nama syarikat tersebut kerana cuma akan memanaskan isu ini, yang boleh saya saya minta dari encik saiful adalah memahami apa yang saya coretkan dengan hati yang terbuka..

    sekiranya encik saiful ingin bertanya secara langsung,

    boleh hubungi saya di 0163581794-ibrahim

    Comment by helplineenterprise | February 14, 2008 | Reply


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: