ILMU KESIHATAN Weblog

ILMU KESIHATAN UNTUK BANGSA MALAYSIA DAN INDONESIA

ilmu kesihatan untuk anda(iklas)

ASSALAMMUALAIKOM DAN SELMAT SEJAHTERA PADA SAPA YANG MEMBACA..

kalau anda sayang keluarga anda,sila baca maklumat ini,,semua nie saya kumpul di internet…

Pernahkah anda tertanya-tanya kenapa sesetengah orang sentiasa sihat sejahtera tetapi yang lain selalu terkena penyakit dan tak kurang juga yang menderitai penyakit kronik. Kunci kepada kesihatan dan kesejahteraan adalah sistem imun yang sihat.Manusia dikurniakan dengan sistem imun untuk melindunginya dari serangan berjuta-juta virus, kuman, bakteria, kulat dan parasit yang boleh mendatangkan berbagai-bagai penyakit. Sistem imun bekerja 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu untuk memastikan kita kekal sihat. Ia terdiri daripada berbilion sel darah putih yang keluar masuk dari timus, nodus limfa, hati dan limpa. Sel-sel ini bergerak di dalam saluran darah dan saluran limfa ke lokasi yang diperlukan untuk menentang musuh. Namun begitu keberkesanan sistem imun semakin berkurangan apabila usia kita makin meningkat. Faktor yang melemahkan sistem imun antaranya adalah tabiat makan yang buruk, makanan berproses, hormon dalam ayam dan daging ternakan, tidak cukup rehat, stres, bahan kimia dalam persekitaran (racun perosak, racun rumput rumpai), alkohol, tidak bersenam, dll.Kita tentu pernah mendengar ungkapan “punca penyakit adalah perut”, kini kita memahami apa sebenar maksudnya. Apa yang kita makan dan minum boleh merosakkan sistem imun kita. Apabila sistem imun tidak berfungsi dengan baik, kita akan mendapat penyakit.Pakar gerontologi percaya bahawa kegagalan sistem imun akan membawa kepada kematian awal. Oleh itu, mempunyai sistem imun yang bertenaga dan efisien menjadi satu daripada perkara penting untuk menghadapi hari tua dengan jayanya.Bagi mengekalkan sistem imun yang sihat, seseorang harus membetulkan kesemua faktor yang menjejaskan keberkesanannya. Kita perlu mengambil diet sihat yang seimbang dengan membanyakkan buah-buahan (yang dipetik apabila sudah masak ranum), sayur-sayuran, protein berkualiti tinggi (yang bebas dari racun serangga dan suntikan hormon) dan bersenam. Kunci kepada kesihatan dan kesejahteraan di masa hadapan adalah memperkasakan sistem imun. Sebelum kita membuat sesuatu, kita perlu memberi perhatian kepada sistem imun terlebih dahulu. Jadi, sebelum mengambil berbagai pemakanan tambahan untuk menambah kesihatan, kita perlu membantu sistem imun terlebih dahulu.

Adakah anda sedang berhadapan dengan masalah kesihatan dan masih mencari alternatif untuk menyelesaikannya? Atau anda sedang mencari rahsia untuk mendapat kesihatan optimum!Luangkan 5 minit dan baca maklumat yang dipaparkan di bawah.

Kunci kepada kesihatan optimum adalah sistem imun yang kuat dan sihat. Sistem imun merupakan satu rangkaian sel dan molekul yang canggih dan sangat menakjubkan. Ia bekerja siang dan malam untuk melindungi diri kita dari serangan virus, bakteria, mikrob, toksin dan parasit. Sekiranya sistem imun berada dalam keadaan sihat dan kuat, ia mampu melindungi kita dari terkena penyakit seperti kanser (barah), diabetes (kencing manis), asma (lelah), sakit jantung, gout, alergi, psoriasis dll.
Apabila kita meningkat usia, tahap kesihatan sistem imun semakin menurun dan kita terdedah kepada berbagai risiko penyakit berbahaya. Berbagai-bagai kajian saintifik yang dijalankan mendapati bahawa sistem imun kita tidak berfungsi dengan baik dan ia tidak lagi mampu melindingi kita dari serangan organisma asing. Sistem imun terjejas teruk oleh:
1. Kekurangan Zat Makanan
· Pertanian cara moden telah mengurangkan zat dari bumi. Kajian melaporkan bahawa bumi telah kehilangan 90% dari bahan galiannya. Sidang Kemuncak Bumi 1992 melaporkan bahawa 99% dari penduduk Amerika menghadapai masalah kekurangan zat galian.
· Buah-buahan biasanya dipetik ketika belum masak. Ini membuatkan ia tidak sempat menghasilkan zat yang diperlukan oleh badan kita.
· Kekurangan zat besi dan selenium, walau sedikit, boleh menjejaskan tahap imun badan. Selain dari itu, kekurangan vitamin A merupakan satu kebiasaan pada kanak-kanak dan ianya boleh melumpuhkan sistem imun.
2. Tabiat Makan Yang Buruk
· Semua bentuk gula menjejaskan keupayaan sel darah putih membunuh bakteria atau organisma mikro. Laporan yang diterbitkan oleh Jurnal Permakanan Klinikal (Amerika) menyatakan bahawa dalam tempoh 30 minit selepas mengambil 4 oz gula, kemampuan sel darah putih membunuh penceroboh asing berkurangan sebanyak 50% dan ianya berlanjutan sehingga 5 jam.
· Tahap kolestrol yang tinggi boleh menghalang keupayaan sel darah putih menggerakkan serangan ke atas organisma pembawa penyakit. Sekiranya anda mempunyai berat badan yang berlebihan, ia boleh mengurangkan kemampuan sel darah putih melawan penyakit.
3. Pencemaran
· Beratus-ratus kajian saintifik menunjukkan bahawa racun serangga mengubah sistem imun badan binatang yang diuji dan membuat mereka lebih mudah terkena penyakit.
· Racun serangga juga mengurangkan jumlah sel darah putih dan limfosit yang melawan penyakit. Ini akan melemahkan keupayaan sel darah putih bertindak untuk menghapuskan bakteria dan virus.
· Sayur-sayuran dicemari racun serangga. Susu, daging dan ayam disuntik dengan antibiotik dan hormon pertumbuhan. Makanan diproses dengan menggunakan pewarna tiruan, perisa tiruan dan bahan pengawet.
· Kini terdapat lebih dari 75,000 bahan kimia sintetik dalam persekitaran kita yang sebelum ini tidak pernah kedengaran.
· Bagaimana dengan pencemaran udara dan air?
4. Tekanan
· Tekanan menyebabkan badan kita mengeluarkan bahan kimia yang menjejaskan fungsi imun. Ini menyebabkan kita mempunyai risiko yang tinggi terhadap segala jenis jangkitan.
· Bagaimana dan apa yang kita fikirkan mempengaruhi sistem imun. Kajian terbaharu mendapati bahawa sel otak mengeluarkan bahan kimia untuk sistem imun.

“Jangkitan berulang ataupun kronik, walaupun demam selsema, adalah merupakan tanda-tanda sistem imun telah lemah. Usaha yang diberikan untuk memperkuatkan sistem imun mungkin merupakan langkah terpenting dalam membina ketahanan melawan penyakit dan mengurangkan daripada mudah terkena demam selsema, selsema dan kanser. “
Michael Murray, N.D. dan Joseph Pizzorno, N.D.(Ensiklopedia Rawatan Natural)
“Di Abad Ke-21 ini, tiada siapa yang tidak terdedahkepada risiko kesihatan. Setiap saat dalam hidup kita,hanya sistem imun atau pertahanan badan yang kuat sahajadapat memisahkan kita dari kematian (kecuali ketentuan ajal).Sekiranya sistem imun badan berfungsi pada tahap tertinggi,ia boleh melawan sebarang jenis penyakit.”
“Kita telah kecundang dalam peperangan ini….. barah, diabetes, asma, sakit jantung dan lain-lain penyakit sedang meningkat dengan banyaknya. Virus dan bakteria kini menjadi lebih kebal dan mampu melawan antibiotik.”

Cuba renungi laporan terkini dari Akademi Doktor Keluarga Amerika:
Antibiotik yang satu ketika dulu terjamin dapat mengubati penyakit yang disebabkan bakteria kini berhadapan dengan strain yang tidak bertindakbalas seperti yang dijangkakan. Bakteria-bakteria tersebut memperolehi kekuatan yang sebahagiannya disebabkan oleh penyalahgunaan atau pengunaan antibiotik yang berlebihan. Natijahnya, pesakit menjadi lebih sakit dan kadar kematian untuk beberapa penyakit berjangkit kini semakin bertambah sedangkan penyakit-penyakit tersebut telah pun dapat dikawal.
Selain dari itu laporan juga mencatatkan, “Penyelidikan untuk produk baru tidak dilaksanakan secara pesat untuk menangani kekuatan mikrob yang semakin meningkat”.
Apakah kita masih mempunyai harapan?

Memperkenalkan……. “Transfer Factor”, modulator daya imun semulajadi paling ampuh dalam sejarah sains.

EksklusifTelah terbukti berkesanMensasar virus, bakteria, fungi dan parasitMembantu mengekal / mengembalikan kesihatan sistem imun badanSelamat dan berkualiti tinggi

Apa Itu “Transfer Factor” (TF)?
Pada tahun 1949, Dr. H. Sherwood Lawrence telah membuat satu penemuan yang begitu penting. Ketika membuat kajian mengenai penyakit batuk kering, yang merupakan ancaman kesihatan pada masa itu, beliau mendapati bahawa tindakbalas imun boleh dipindahkan dari penderma kepada penerima melalui suntikan ekstrak sel darah putih. Beliau juga mendapati bahawa ekstrat berkenaan perlu mengandungi faktor untuk membolehkan imuniti penderma dipindahkan kepada penerima. Dia menamakan molekul tersebut sebagai “transfer factor”.Penemuan Transfer Factor merupakan satu peristiwa yang paling mengembirakan dunia imunolgi dalam dekad ini. Ia mewakili perubahan paradigma dalam cara kita melihat penjagaan kesihatan dan pengubatan penyakit. Fungsi Transfer Factor ialah memindahkan isyarat pengenalan imun di antara sel imun agar sel-sel “muda” dapat belajar mengenali organisma mikro yang merbahaya. Beginilah cara bayi memperolehi imuniti mereka. Ketika dilahirkan, sitsem imun bayi belum lagi bijak. Dalam persekitaran yang baru ditempuhi, sistem imun bayi tidak akan mampu melawan organisma mikro yang datang menyerang dan dia akan menghadapi maut. Tindakan perlu diambil untuk mengajar sistem imun mengenali sel baik dan sel jahat. Tuhan telah menetapkan prosedur yang diperlukan dan Transfer Factor adalah kunci dalam proses tersebut.Proses bermula dengan bayi diberikan kolostrum, susu pertama ibu kepada anaknya. Kolostrum bukan hanya mengandungi nutrien, ia juga mengandungi Transfer Factor. Transfer Factor dari sistem imun yang telah matang milik si ibu bertanggungjawab mengajar sistem imun bayi untuk mengenali sel baik dan sel jahat (yang perlu diperangi). Proses ini membuat sistem imun bayi menjadi kuat dan mampu melawan berjuta-juta organisma yang datang menceroboh. Susu formula tidak mengandungi Transfer Factor, oleh itu bayi yang diberikan susu formula selalunya mudah terkena alergi dan mempunyai tahap kesihatan yang tidak baik.Pada tahun 1989, Dr. Gary Wilson dan Dr. Greg Paddock telah berjaya mencipta teknologi untuk memisahkan Transfer Factor dari kolostrum susu lembu. Melalui teknik pemisahan ini, Transfer Factor tulen dapat dikumpul, dikeringkan dan dijadikan kapsul untuk kegunaan manusia. Pada tahun 1999, penggunaan Transfer Factor telah diperakui berkesan dan selamat oleh berbagai-bagai kajian klinikal di seluruh dunia. Para saintis telah mula memahami implikasi mendalam terapi Transfer Factor dalam menentukan tahap kesihatan bukan hanya untuk masa kini tetapi juga di masa akan datang.

Adakah Transfer Factor Disokong Oleh Data Saintifik?
Sehingga kini terdapat lebih dari 3,000 kajian klinikal dan kertas kerja mengenai Transfer Factor telah diterbitkan. KLIK DI SINI untuk melihat sebahagian dari kajian berkenaan. Anda boleh juga melawat laman web “US National Library of Medicine” untuk melihat lebih banyak jurnal mengenai penggunaan Transfer Factor ke atas pesakit (taipkan “transfer factor” dalam kotak di kanan perkataan “for” dan klik butang “Go”). Ramai saintis dan doktor yang terkenal di peringkat antarabangsa telah mengesahkan bahawa Transfer Factor berkesan dan selamat. Sejak 50 tahun yang lalu, sebanyak US$40 juta telah dibelanjakan untuk penyelidikan dan data kajian membuktikan bahawa Transfer Factor menawarkan faedah imun yang luar biasa.Dalam tahun 1999, Jurnal American Nutraceutical Assciation menerbitkan senarai 198 bahan semulajadi atau campuran bahan semulajadi yang mampu meningkatkan aktiviti sel NK dari sejumlah 400 bahan yang telah diuji. Sel NK adalah sel imun yang bertanggungjawab mencari dan memusnahkan penceroboh asing. Sekiranya seseorang mempunyai aktiviti sel NK kurang dari 20%, dia akan terdedah kepada risiko kesihatan atau mempunyai kurang keupayaan untuk pulih dari penyakit yang dihidapi. Hanya 44 produk didapati mampu meningkatkan aktiviti sel NK ketahap lebih dari 10%. Transfer Factor yang diekstrak dari kolostrum mampu meningkatkan aktiviti sel NK sebanyak 103%, saingan terdekatnya hanya mampu meningkatkan aktiviti sel NK sebanyak 48.6%. Transfer Factor yang dicampur dengan lain-lain bahan (6 tertinggi dalam senarai) mampu meningkatkan aktiviti sel NK sebanyak 248%. KLIK DI SINI untuk melihat ringkasan keputusan ujian tersebut. Apa yang dapat disimpulkan dari kajian ini? Secara mudah, hasil kajian tersebut meletakkan Transfer Factor di kedudukan teratas dalam senarai penguat imun semulajadi.

Apakah Faedah Transfer Factor?
Faedah yang ditawarkan oleh TF dapat mencetus revolusi dalam bidang perubatan. Keperluan untuk mencari pertahanan bagi sistem imun begitu jelas sekali. TF mempunyai peranan penting untuk dimainkan dalam dunia perubatan moden dari AIDS ke Ebola, berdepan dengan jelmaan virus baru atau kebangkitan semula patologi lama seperti batuk kering.Kejayaan yang dicapai dalam menangani masalah pesakit dengan menggunakan TF telah dibentangkan dalam Simposium Antarabangsa Mengenai TF Ke-10. TF antara lain telah terbukti dapat membantu pesakit AIDS, kanser, diabetes, asma, sakit jantung, gout dan lain-lain. Prosiding simposium tersebut telah diterbitkan dan anda boleh membacanya satu daripadanya di sini (KLIK DI SINI). Untuk prosiding yang lain anda boleh membuat carian di internet. Laporan-laporan tersebut merangkumi kejayaan penggunaan TF dalam menangani masalah penyakit yang tergolong di bawah viral, bacterial, parasitic, mycobacterial, fungal, neurological, malignant dan auto-immune.Selain dari laporan kajian saintifik, anda juga boleh membaca cerita atau testimoni dari mereka yang telah mendapat manfaat dari TF. Sila klik pada pautan untuk membacanya (KLIK DI SINI). Anda boleh membaca testimoni mereka dan menjadikannya sebagai panduan dalam menyelesai masalah kesihatan anda.

Apa pendapat profesional perubatan tentang Transfer Factor:
“Tidak syak lagi Transfer Factor merupakan penemuan terpenting dalam bidang kesihatan sejak penemuan penisilin dalam tahun 1928 dan vaksin polio dalam tahun 1952. Ia merupakan langkah seterusnya dalam evolusi sains permakanan. Kesan nutrien ini ke atas sistem imun badan tiada tolok bandingnya.” – Rob Robertson Jr., MD Bekas Pengarah, Bahagian Kecemasan, Hospital Western Baptist, USA.
“Transfer Factor merupakan satu pencapaian terbaik dalam bidang penjagaan kesihatan sejak beberapa dekad yang lepas. Kita sedang mengkaji kesemua potensi Transfer Factor. Rawatan semulajadi atau rawatan alternatif seperti Transfer Factor merupakan gelombang masa hadapan.” – Victor Tutelian, MD, MPH Ketua Setiausaha Saintifik, Akademi Sains Perubatan, Rusia

Ketika tirai abad Ke 21 sedang terbuka, molekul halus ini (TF) akan memegang kunci kepada dunia kesihatan dan kesejahteraan. Sekiranya anda mengikuti perkembangan dan teknologi terbaru dalam bidang pemeliharaan kesihatan, “Transfer Factor” sepatutnya berada di kedudukan teratas dalam senarai produk kesihatan atau makanan kesihatan semulajadi anda.

Transfer Factor keluaran 4Life Research kini boleh didapati di Malaysia.

November 2, 2007 - Posted by | Uncategorized

No comments yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: